Tuesday, October 26, 2010

wanita cantik membahayakan kesihatan lelaki

Sudah menjadi lumrah setiap insan yang normal mahu kelihatan cantik dan menawan untuk pelbagai tujuan dan objektif masing-masing. Dan sebagai naluri yang normal juga kebanyakan individu suka melihat benda-benda cantik, bukan setakat manusia yang cantik malahan pemandangan, pakaian, kereta, rumah dan sebagainya. Pendek kata cantik dan indah itu sendiri memang menjadi kesukaan manusia normal. Kalau ada individu yang suka dilihat dalam keadaan selekeh, serabai, hodoh, kotor dan seumpama dengannya maknanya individu terbabit memang unik dan mempunyai karekter yang berlainan dengan sifat semulajadi manusia biasa.
Siapa tak suka melihat wanita cantik, bukan setakat lelaki, kaum wanita sendiri suka melihat kaum sejenisnya yang cantik kerana kecantikan itu menyedapkan mata memandang. Namun kepada sesetengah individu khususnya lelaki terdapat kajian terbaru yang mendedahkan bahawa berada di berdekatan wanita cantik membahayakan kesihatan. Macam amaran peringatan kat kotak rokok la pulak.
Satu kajian yang dilakukan oleh University of Valencia mendedahkan dengan hanya 5 minit seseorang lelaki berada bersama wanita cantik, ianya sudah cukup untuk meransang pengeluaran Cortisol, iaitu hormon stress di dalam sistem badan manusia. Keadaan itu juga akan lebih teruk sekiranya lelaki terlibat menyedari bahawa wanita cantik berkenaan adalah di luar keupayaannya untuk dimiliki mahupun didekati.
Kajian tersebut di jalankan ke atas 84 pelajar lelaki yang mendapati kadar Cortisol di kalangan pelajar lelaki berkenaan meningkat selepas 5 minit berinteraksi dengan wanita yang cantik dan menarik. Cortisol yang berlebihan dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, diabetis, hyper tension dan impotensi.
Macam-macam kajian sekarang ni. Setakat mana tepat dan benar hasil kajian tersebut tak dapat nak di kenalpasti lagi. Ni bagi kes lelaki yang belum kahwin lagi kot, kalau yang dah kahwin mungkin tak der lah banyak sangat Cortisol tu dihasilkan. Rasanyalah.
Cantik dan menawan tu jugak merupakan sesuatu yang subjektif, mungkin cantik bagi individu A tetapi biasa-biasa aje bagi individu B dan mungkin lansung tidak menarik bagi individu C. Gamaknya kalau artis Malaysia siapa yang paling cantik? setiap individu pastinya lain persepsinya. Adakah ada di kalangan lelaki yang mungkin boleh meningkat kadar Cortisolnya selepas berinteraksi dengan wajah-wajah cantik Namun apa yang pasti, kecantikan adalah hak milik setiap insan.

LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat


 LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:
- Dia sayang dan takut kehilangan anda
- Dia mahu menguasai anda
- Dia tidak mahu ada pesaingan
- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.

7 makanan untuk seks lebih baik

Kepada pasangan yang sudah agak lama berkahwin dan merasakan perlu untuk menghidupkan semula keghairahan seks macam zaman mula-mula kahwin dulu,  pemakanan yang bersesuaian dapat membantu kita untuk mendapatkan kembali ‘mood’ tu dan sebenarnya pasangan tidak  perlukan sesuatu yang hebat untuk mencapai hasrat tersebut. Cukup hanya dengan makan malam di rumah yang romantik dengan masakan yang disediakan sendiri.   Terdapat 7 set makanan semulajadi yang boleh meningkatkan ghairah suami-isteri, demikian mengikut kata Jennifer R. Berman, Pengarah di Berman Women’s Wellness Center di Beverly Hills, California.
Jadinya 7 makanan semulajadi yang mempunyai kadar aphrodisiac atau substance yang meningkatkan keinginan seks yang menyeronokkan adalah:
Avocado

Masyarakat Aztec merujuk buah avocado sebagai errr…. testis atau ‘teloq’ orang lelaki, cuba tengok balik bentuk fizikal buah tu, ada persamaan kan? itu berdasarkan pengamatan ‘layman’ namun berdasarkan kajian ilmiah avocado boleh dikategorikan sebagai aphrodisiac kerana ia mempunyai kandungan lemak dan  rendah lemak tepu, ia baik untuk operasi jantung dan pembuluh darah. Apa saja yang membuat jantung berdegup akan membantu pengaliran darah ke seluruh anggota badan termasuklah ke tempat sulit. Sudah tentu ianya akan memberikan satu kelainan dalam keinginan seksual kepada mereka yang selalu mengambil avocado.
Badam

Almond atau badam tidak dikategorikan dalam spesis kacang asli, sesetengah pihak mempercayai badam berupaya meningkatkan ghairah seks  dan bertindak sebagai stimulus seksual serta membantu meningkatkan kesuburan. Badam sebenarnya padat dengan gizi dan kaya dalam beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi, seperti zinc, selenium  dan vitamin E. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein. Ia juga mengandungi niasin, kalsium, protein dan fosforus. Kanak-kanak elok makan badam untuk pembesaran mereka manakala orang dewasa elok untuk kesihatan jantung, bila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, sudah tentunya ghairah seks yang hilang sebelum ini akan kembali semula.
Strawberi

Warna merah sememangnya diaanggap menaikkan selera. Buah strawberi juga di dapati mempunyai sumber asid folik yang banyak dan vitamin B. Kajian Berkley di Universiti California juga mendapati strawberi mampu menambahkan bilangan sperma kepada lelaki di samping membantu wanita semasa proses melahirkan anak. Dengan kata lain strawberi boleh meningkatkan libido pasangan suami-isteri.



Makanan Laut

Kebanyakan orang memang sukakan makanan laut walaupun sesetengah orang tidak dapat menikmatinya kerana atas alasan kesihatan yang lain. Namun secara saintifiknya makanan laut, khususnya Oyster mempunyai reputasi sebagai aphrodisiac yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan zinc sebagai penyemarak libido. Selain daripada Oyster, ikan salmon dan ikan hering juga mempunyai kandungan Asid Omega 3 yang bagus untuk kesihatan jantung. Bila jantung bagus, semua bahagian badan yang lain akan turut terasa kesannya.

Arugula

Arugula adalah sejenis salad yang telah digembar-gemburkan sebagai bantuan ghairah libido sejak abad pertama lagi. Hari ini, kajian menunjukkan bahawa kandungan mineral dan antioksidan di dalam salad tersebut memberikan sumbangan terhadap kesihatan seksual.  Secara amnya sayuran hijau sangat penting untuk kesihatan seksual kita kerana ianya membantu menyerap pencemaran dalam badan yang memberikan impak negatif terhadap libido pasangan suami isteri.
Ara


Semua orang kenal buah ara kan, buah ni pun dikatakan menjadi ‘booster’ untuk kesuburan dan keghairahan seksual dan  turut diaktegorikan sebagai salahsatu aphrodisiac yang baik. Ianya mempunyai fiber soluble dan insoluble yang penting untuk kesihatan jantung. Di samping itu kualiti serat makanan yang ada dalam buah ni membantu individu yang memakannya menjaga kecantikan perut agar tidak menonjol ke depan….buncit la tu!
Buah-buahan sitrus

Buah-buahan sitrus amat kaya dengan anti oksida, vitamin C dan asid Folik yang amat sesuai untuk dan memberikan kesan terhadap sistem reproduksi lelaki. Salad, anggur, limau mandarin, lemon dan sebagainya bukan sahaja memberikan kesan baik terhadap kesihatan badan malahan terhadap kehidupan seks sekali.
Berdasarkan kefahaman saya, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, ianya akan memberikan faedah kepada badan kita sendiri. Kesemua makanan yang disyorkan di atas tu memberikan impak positif kepada jantung si pemakannya. Secara logik akal, bila jantung dapat berfungsi dengan baik, ia akan mengepam darah dengan berkesan ke seluruh anggota badan, dan bila pengaliran darah berlaku secara normal dan sihat, sudah pastinya anggota badan lain termasuklah ‘libido’ akan sentiasa sihat.

rahsia segelas air

Semua orang pastinya pernah dalam hidup mereka walaupun sekali makan di gerai, restoren, coffee house ataupun di hotel bertaraf lima bintang. Kalau kita semua perasan tukang ambil order tak kira sama ada perempuan cun ke, teruna hensem ke, mamak ke, mak cik atau pak cik, soalan pertama yang kebanyakan di tanya adalah nak minum apa? sebelum di tanya berkenaan makanan yang ingin pelanggan pesan.
Dan kebiasaannya benda pertama yang akan sampai ke meja pelanggan adalah air dan bukannya makanan yang dipesan. Cuma mungkin ada beberapa kes yang makanan sampai dulu berbanding makanan. Dan pastinya sebagai pelanggan kita akan hairan kenapa makanan yang sampai dahulu sedangkan kita menantikan segelas air.
Artikel kali ini nak kongsikan rahsia segelas air yang sampai di meja pelanggan sebelum makanan dari perspektif marketing atau pemasaran. Mungkin ada yang sudah mengatahui manakala ada juga sebahagian daripada kita yang tidak menyedari perkara ini. Soalannnya kenapa air perlu sampai dahulu sebelum makanan?
Jawapan mudah adalah kerana dengan segelas air ianya dapat mengikat pelanggan dari keluar daripada premis makanan tersebut sekiranya makanan yang dipesan terlewat tiba, sebabnya tindakan spontan pelanggan apabila sudah ada air di atas meja mereka akan cuba dahulu sedikit minuman tersebut sambil menanti kedatangan pesanan makanan mereka.
Pelanggan juga secara psikologinya akan merasa rugi untuk meninggalkan premis terlibat kerana air sudah terhidang, bermakna makanan yang dipesan akan tiba bila-bila masa sahaja. Walaupun dalam sesetengah kes ada makanan yang dipesan tiba agak lewat.
Cuba bayangkan jika setelah pelanggan memesan minuman dan makanan, kedua-dua pesanan tersebut tidak sampai-sampai dalam tempoh yang sepatutnya, sudah pasti pelanggan akan mengambil keputusan untuk terus cabut dari premis berkenaan kerana mereka merasa tidak terikat dengan apa-apa memandangkan pesanan mereka tidak sampai-sampai hatta segelas air sekalipun.
Gitulah rahsia segelas air yang boleh mengikat pelanggan untuk terus berada di premis makanan sambil menunggu makanan yang dipesan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...