Friday, May 28, 2021

rekabentuk makanan-kelas rekabentuk dan teknologi

 

tugasan hari ini ialah mereka bentuk makanan 
supaya menjadi cantik dan boleh menamabah nilai makanan

aina sepahkan dapur..

dah siap..

agaknya boleh dapat berapa markah..
ada rambut, mata. hidung, mulut.

Thursday, May 27, 2021

projek penanda buku subjek agama islam


penanda buku kata-kata hikmah mengunakan ayat tradisi

guna kad manila,gam,gunting,pembaris

kad manila dipotong dan digam dua lapis supaya tebal

tampal kertas kosong dan hias dengan hiasan yang ada dirumah
ada baki hiasan mami beli di kedai eco

sedang keringkan

dah siap penanda buku aina..harap ustaz suka tengok..

Monday, May 24, 2021

tugas seni -cetakan kolograf

susah nak buat..barang di banyak nak kena beli
kertas keras,tali besar ,foam paper , kotak (lapisan dalam yang berlekuk)

aina buat templat dulu
sotong,siput,ikan dan tapak sulaiman 

kemudian potong ikut bentuk

gam kan tali

dah siap

kemudian tangkupkan kertas lukisan atasnya

yang ini templatnya

yang dah siap bercetak atas templat..

Wednesday, May 19, 2021

tugasan kelab kitar semula (model kapal terbang)



minggu nie kelab kitar semula buat tugasan 
membuat kapal terbang daripada botol minuman

ini bahan-bahannya..

aina buat ikut youtube

susah nak gam

hampir siap

akhirnya berjaya

cantik kan

dah boleh hantar di goggle classroom

Wednesday, April 21, 2021

aina buat gambar pasport untuk biodata pandu puteri tunas

aina perlu buat pambar pasport (biodata) pakai baju pandu puteri tunas ini

cikgu kata wajib pakai baju ini dalam gambar



aina guna apps nie..aina yang ajar mami buat

aina delete background belakang dinding guna apps 'erazer' 
sebab kat rumah tak ada kain biru nak buat background..

pastu warnakan dengan apps 'íbis paint'
pilih 'bucket' dan tuang warna biru..siap

mami dah boleh print..guna glossy paper..
aina suka..

Wednesday, March 17, 2021

Archa bunga matahari

 
                                        Aina minta tolong mummy kumpul semua barang..
                                                            Dan akhirnya berjaya

                                                                    Kena buat macam nie
muka tengah baik 

Monday, March 8, 2021

teknik stensil pada beg kanvas

 


minggu nie
seni visual belajar buat corak stensil pada beg kanvas

mami tolong potongkan plastik yang biasa buat binding
untuk buat template corak burung

susah..tak mau lekat colour

bahan-bahannya
Beg kanvas
poster colour
plastik binding (template)

dah siap..

bangga aina membuatnya

Thursday, March 4, 2021

Tugasan Kokurikulum Healthy Banana Sushi

 

Tugasan ko kurikulum minggu ini 
buat 'healthy Banana Sushi'

aina modified..
aina tak ada chocolate @ gardenia wrapper
so aina guna roti gardenia biasa ✅ dan madu kedai eco ✅
sebiji pisang susu✅  beli semalam dah..

sapukan madu pada roti,
gulung pisang macam nie

pastu potong dengan pisau

dah siap..


okey tak..
sedap rasanya

Wednesday, February 24, 2021

tugasan sains : sistem pernafasan manusia

cikgu sains aina minta murid -murid buat model peparu dan labelkan


bahan-bahannya

2 kotak plastesin ( warna bebas ) 
✅kad manila sekeping/ kertas A4 jenis keras
✅Plastik fail bersaiz A4 / plastik pembalut buku lutsinar
✅selotep

kelas sains sistem pernafasan manusia

yang ini yang aina buat..
aina gelek dengan pengelek karipap mummy..

dah siap.. dan boleh upload di google classroom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...