Semua orang pastinya pernah dalam hidup mereka walaupun sekali makan di gerai, restoren, coffee house ataupun di hotel bertaraf lima bintang. Kalau kita semua perasan tukang ambil order tak kira sama ada perempuan cun ke, teruna hensem ke, mamak ke, mak cik atau pak cik, soalan pertama yang kebanyakan di tanya adalah nak minum apa? sebelum di tanya berkenaan makanan yang ingin pelanggan pesan.
Dan kebiasaannya benda pertama yang akan sampai ke meja pelanggan adalah air dan bukannya makanan yang dipesan. Cuma mungkin ada beberapa kes yang makanan sampai dulu berbanding makanan. Dan pastinya sebagai pelanggan kita akan hairan kenapa makanan yang sampai dahulu sedangkan kita menantikan segelas air.
Artikel kali ini nak kongsikan rahsia segelas air yang sampai di meja pelanggan sebelum makanan dari perspektif marketing atau pemasaran. Mungkin ada yang sudah mengatahui manakala ada juga sebahagian daripada kita yang tidak menyedari perkara ini. Soalannnya kenapa air perlu sampai dahulu sebelum makanan?
Jawapan mudah adalah kerana dengan segelas air ianya dapat mengikat pelanggan dari keluar daripada premis makanan tersebut sekiranya makanan yang dipesan terlewat tiba, sebabnya tindakan spontan pelanggan apabila sudah ada air di atas meja mereka akan cuba dahulu sedikit minuman tersebut sambil menanti kedatangan pesanan makanan mereka.
Pelanggan juga secara psikologinya akan merasa rugi untuk meninggalkan premis terlibat kerana air sudah terhidang, bermakna makanan yang dipesan akan tiba bila-bila masa sahaja. Walaupun dalam sesetengah kes ada makanan yang dipesan tiba agak lewat.
Cuba bayangkan jika setelah pelanggan memesan minuman dan makanan, kedua-dua pesanan tersebut tidak sampai-sampai dalam tempoh yang sepatutnya, sudah pasti pelanggan akan mengambil keputusan untuk terus cabut dari premis berkenaan kerana mereka merasa tidak terikat dengan apa-apa memandangkan pesanan mereka tidak sampai-sampai hatta segelas air sekalipun.
Gitulah rahsia segelas air yang boleh mengikat pelanggan untuk terus berada di premis makanan sambil menunggu makanan yang dipesan.
No comments:
Post a Comment