Sunday, December 1, 2013

taman herba mummy aina farhana

sekarang nie mummy ada hobi baru lak..tanam pokok herba..

Pokok gula @stevia.. rebus je daun buat penganti gula

pokok thyme (lemon) ini berguna untuk masakan daging..baunya macam bau limau..boleh buat teh untuk penawar penyakit

Pokok pudina ini dipanggil ubat gigi

Makin penuh bucu laman rumah dengan pokok herba..

pokok peppermint

 pokok garuda ni memang berbau amat kuat, orang kata pokok nie boleh halau jin dan hantu..demam panas selalu tarik, ramas2 daun ni dengan minyak kelapa, sapu kat hidung, leher dan dahi. 

pokok `kencing manis merah` nie daunnya direbus buat ubat kencing manis..

Aina tak reti nak siram pokok nie..macamana nak buat yea

Pokok selasih  boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh.tapi mummy suka letak daun selasih tiap kali goreng telur dadar....sedap... Daun Selasih  nie dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

 Pokok Belalai gajah @Snake grass boleh mengubati penyakit Kanser dan menjauhkan ular (sebab tu dipanggil snakegrass.Untuk ubat kanser kena makan 30 helai setiap hari...pokok nie togel lagi daun tak cukup..

semuanya anak pokok lagi..

Pokok delima..kene tunggu buah dulu baru boleh buat ubat..nak cabut akarnya buat ubat pulak sayang.daunnya boleh buat teh..kalau rajin.

pokok limau purut..daunnya berguna nak masak tomyam..buahnya lagi banyak khasiat 

Pokok rosemary berguna untuk merawat sakit kepala dan mencegah barah..

  
 daun sirih boeh dijadikan penawar batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengobati luka bakar, mimisan, bisul, mata gatal dan merah, gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, sariawan, menghilangkan bau mulut, jerawat, keputihan...tapi sekarang nie pokok nie daunnya ada 2 helai aje..

Nasib baik ada ruang untuk aina kayuh basikal lagi kat sini

Pokok halau nyamuk (jeremin) ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana  membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk .kegunaanya lain ialah sebagai ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. daunnya dikisar dengan beras boleh diletakkan pada bahagian yang bermasalah tapi mummy tak rasi tanam pokok nie asyik mati je..dah kali ketiga beli..ini pun ada unsur2 nak mati jugak..

pokok cekur..akarnya berguna untuk buat kuah pecal.daunnya campur untuk buat ulam kerabu..selain tu banyak khasiatnya seperti untuk ibu bersalin

mummy beli pokok-pokok nie kat taman herba simpang pulai..murah je..sepokok RM3 aje...tapi pembelian terhad le..bukan boleh untuk buat berniaga pun.


daun kari..untuk masak kari la

daun inai..untuk inai dijari dan melebatkan rambut  dan macam-macam lagi

Pokok Aloe Vera penyejuk demam panas..kurus je pokoknya

apa pun..pokok herba nie mummy kata banya kegunaanya..mummy suka sapu daun-daun herba nie kat tangan aina bila gatal kene gigit nyamuk.


Pegaga untuk awet muda la katakan..boleh buat jus..tak sedap..

 Temulawak nie boleh menurunkan kolesterol, panas badan, sakit kuning, radang ginjal, radang kronis, kandung empedu, mencegah penyakit hati, menyegarkan badan, perut kembung, sembelit, cirit birit, mengurangi rasa sakit sendi, mengecutkan rahim selepas bersalin, haid tak lancar.

daun bawang..untuk mummy masak-masak

Aina suka tolong mummy siram pokok bunga..aina mandi sekali selalunya..

Pokok angur dibeli di Mardi cameroon Highland..gemuk dan subur..


Daun kunyit untk masak rendang dan balut bakar ikan, daging, ayam

Kayuh jangan tak kayuh...satu..dua..tiga..

pokok jemuju nie berbeza dengan pokok lemuju tau..jemuju nie boleh dibuat perapi untuk mencantikan dan melebatkan rambut..bila la nak gemuk pokok nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...