Wednesday, September 5, 2012

Mommy kene sakit lelah @ asthma

Mommy nak bercerita yang pada minggu kedua ramadan lalu mommy kene batuk-batuk ala semput yang tahap kritikal sampai tak boleh dukung Aina..pastu tumbang..sakit dada tak leh terhingga..

so mummy gi check kat klinik kesihatan kat sebelah menyebelah pejabat tempat koje nie.. MA kat situ kata Mommy kene Asthma nie..so terus ambik dos sedut gas..kali pertama tak jalan..kali kedua baru okey sikit..
.
MA tu suruh mommy gi Klinik kat lawan Kuda Gopeng untuk jumpa Doktor..Dr cakap possibility mommy kene jangkitan kuman dalam peparu..kalau di biarkan boleh kene paru-paru berair dan kene tebuk peparu sumbat pneumotorak...so  mommy di bekalkan dengan Ventolin  Evohaler, prednisolon berbijik-bijik banyaknya dan antibiotik..

sedihnya..tapi nak buat camna..kerja Mommy memang selalu gi lapangan,dalam hutan,ladang dan kawasan berisiko nie

Tak sangup mommy nak makan ubat tu semua,prednisolon nie memang mommy tau boleh sebabkan kegemukkan.Antibiotik pun boleh sebabkan kegemukan,sebab tu ayam daging di bagi makan antibiotik bagi cepat gemuk (ikt pengalaman 10 tahun keje swasta dulu)..anyway mommy pun dah gemuk sebab pregnankan aina dulu kan..kan..kan..

So kawan-kawan ada bagi macam-macam petua untuk ubatkan lelah.. macamana la Mommy nak tangkap anak burung merpati untuk buat sup cina..tak tau kat mana sumber.kalau dapat pun jenuh nak cari resepi dalam internet. Burung tengah terbang nak tangkap macamana..

Hati keluang lagi la susah nak dapat..mana ada jual..dulu time kecik-kecik dulu rumah beratapkan nipah so ..pagi-pagi boleh la nampak keluang keluar masuk bumbung umah sendiri.pun mustahil mommy rasa..

Lastnya ,Bos Mommy cadangkan Mommy makan madu lebah asli dengan limau nipis 3 kali sehari sampai baik sebab dia dulu pun pernah kene sakit macam tu gara-gara kene santau kat tempat keje lama dia dulu..macamnie la nasib tugas kami..terdedah dengan benda-benda macam tu..

..Madu Asli??? susah nak cari tu..madu yang ada banyak yang tipu,,tokey madu yang mommy kenal pun menipu gak..

Mommy tengok kat kedai agromas RTC Gopeng ada jual madu asli tapi harganya dua kali ganda harga madu tepi jalan nunn..RM 65.00 sebotol..tapi comfirm asli sebab dah di uji yang kandungan sukrosa di dalamnya adalah tahap madu asli oleh FAMA.So Mommy pun beli lah satu.

 limau nipis mommy beli kat Tesco tapi kecik-kecik dan RM 10.00 sekilo..so mummy gi survey kat market Gopeng dapat la sekilo RM 4.00 beso-beso dan sebijik perah dah cukup sekali makan . mommy minum lepas buka dan lepas sahur.lepas raya baru start 3 kali sehari timu pukul 3.00 petang

Minggu pertama tak ada apa effek pun..sama je semput..minggu kedua dah nampak hasil..batuk.batuk dah kurang,dah boleh jugak dukung aina jarak dekat-dekat,angkat letak..semput dah tak de..

minggu ketiga lepas raya batuk dah tak ada,kahak pun dah tak ada..madu pun dah habis 3 botol ..mommy dah 100 % sihat..harap-harap tak kene serangan lelah lagi sampai bila-bila.Mommy amat bersyukur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...