Friday, October 1, 2010

jenaka hari ini

lelaki patut tahu tentang nie

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik
kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur
dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan
apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan
tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum
sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah
aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati
sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita
ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya
sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak
akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap lelaki
perlukan wanita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...