salam semua ,inilah haiwan kesayangan aina..sepasang hamster,2 ekor ikan laga
dan seekor ikan puyu..
sangkar ini beli kan Tesco bandar Meru Klang...murah RM31.90...sebenarnya sangkar nie tak sesuai sangat untuk hamster swazarowsky..liang besinya lebar bagi swazarowsky..terpaksalah mummy tutup sekerat dinding dengan kain untuk mengelakan dari hamster nie lari keluar kandang..
ini adalah hamter aina yang ke 4 kali beli..tak rasi aina bela hamster..tapi kali ini okey kot sebab dah 4 minggu tak mati-mati lagi hamster nie..
Kali ini..mummy cuma bagi makan hamster nie diet makan kuaci aje..tak campur dengan makanan lain
hamster ini nampaknya semakin hari semakin gemuk..maklumlah kuaci ini kadar lemaknya tinggi..risau obesiti..mati sakit jantung lak nanti hamster nie..
Hamster jantan suka kupas isi kuaci banyak-banyak dan kemudian sorok kat atas rumah kecik tu....bagi stok kat hamster betina makan..pengasih betul..
ini puyu aina..asalnya 2 ekor tapi seekor hilang tah mana..kene makan si tompok kucing sebelah gamaknya..Ikan puyu nie aina beli kat market gunung rapat..seekor seringgit..asalnya mummy nak goreng aje..tapi dah sampai rumah sayang pulak nak goreng jadi aina suruh mummy masukan dalam sangkar hamster yang lama..
Ikan puyu (Anabas testudineus) nie kuat makan.. mummy bagi makan pelet ikan je,,walaupun ikan puyu jenis Omnivor..makan apa sahaja..nasi..roti..kangkung.
Ikan puyu ini dipercayai mampu
menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri.
Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur.
Ini ika laga jenis `half moon`..cantik bila garang..yang ini ayah yang beli untuk aina tapi mummy yang jaga plak..
Aina sayang semua peliharaan aina..
No comments:
Post a Comment