Wednesday, November 13, 2013

hamster,ikan puyu dan ikan laga aina farhana

salam semua ,inilah haiwan kesayangan aina..sepasang hamster,2 ekor ikan laga 
dan seekor ikan puyu..

sangkar ini beli kan Tesco bandar Meru Klang...murah RM31.90...sebenarnya sangkar nie tak sesuai sangat untuk hamster swazarowsky..liang besinya lebar bagi swazarowsky..terpaksalah mummy tutup sekerat dinding dengan kain untuk mengelakan dari hamster nie lari keluar kandang..

ini adalah hamter aina yang ke 4 kali beli..tak rasi aina bela hamster..tapi kali ini okey kot sebab dah 4 minggu tak mati-mati lagi hamster nie..

Kali ini..mummy cuma bagi makan hamster nie diet makan kuaci aje..tak campur dengan makanan lain

hamster ini nampaknya semakin hari semakin gemuk..maklumlah kuaci ini kadar lemaknya tinggi..risau obesiti..mati sakit jantung lak nanti hamster nie..

Hamster jantan suka kupas isi kuaci banyak-banyak dan kemudian sorok kat atas rumah kecik tu....bagi stok kat hamster betina makan..pengasih betul..

ini puyu aina..asalnya  2 ekor tapi seekor hilang tah mana..kene makan si tompok kucing sebelah gamaknya..Ikan puyu nie aina beli kat market gunung rapat..seekor seringgit..asalnya mummy nak goreng aje..tapi dah sampai rumah sayang pulak nak goreng jadi aina suruh mummy masukan dalam sangkar hamster yang lama..

Ikan puyu (Anabas testudineus) nie kuat makan.. mummy bagi makan pelet ikan je,,walaupun ikan puyu jenis Omnivor..makan apa sahaja..nasi..roti..kangkung.
Ikan puyu ini dipercayai mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur.

Ini ika laga jenis `half moon`..cantik bila garang..yang ini ayah yang beli untuk aina tapi mummy yang jaga plak..

Aina sayang semua peliharaan aina..

Monday, November 11, 2013

Enfagrow A+ dan Sustagen Junior 1+

  
Susu Enfagrow aina semakin mahal ..naik RM5.00 lagi sekarang paling murah RM103.90 setin 
(1.7 kg).itu pun time offer deepavali kat mydin wholesale..Aina pulak semakin kuat minum susu sekarang sebulan dekat 5 tin besar..Mummy kata nak campur dengan Sustagen Junior 1+
.adik kepada Enfagrow A+ ..sama company..sama kilang.

Sustagen Junior 1+ nie lebih murah sebanyak RM30.00 bagi sekotak 1.3 kg.sekarang nie dalam sebulan mummy try bagi aina minum sebanyak 3 tin Enfagrow (1.7kg) dan 2 kotak(1.3kg) Sustagen Junior 1+..selang seli...tengok macamana perkembangan fizikal dan mental aina kot..kot menurun.

Sustagen Junior nie kat kedai ubat cina RM58.90 (1.3 kg)
 
antara kelebihan yang di iklankan untuk budak yang tak suka makan sayur  dan senang kene sembelit bila kurang minum air kosong..aina la tu..aina tak suka makan daun..mummy asyik-asyik paksa aina makan daun ...

kandungan DHA cuma 7.8 mg aje

bagi aina rasanya sama aje..

Susu Enfagrow A+ nie harganya mencecah RM85.00 sekotak(1.3 kg) dan 
RM114.00 setin besar (1.7 kg) 

kandungan DHAnya 63 mg ,, tinggi tu...ada asid sialik lagi ..3 mg 

tapi mummy kata aina cepat bijak minum Enfagrow nie..maklumlah DHAnya tinggi..

Iklan tertampal kat tin Enfagrow A+


Banyak betul zat terkandung dalamnya..sesuai dengan harganya yang teramat mahal..

Berposing di bilik mainan di Mc Donald..tempat kegemaran Aina nie..

koleksi smurf  Mc Donald  yang berjaya di kumpul..

Menu kegemaran aina breakfast..boleh habis sebiji hot cake ..sebiji lagi mummy le makan..

Thursday, November 7, 2013

Lawatan umur genap 2 tahun ke ke klinik kesihatan ibu dan anak..

7 November 2013 ...Pagi ni pukul 7 pagi mummy dan aina dah bertolak ke klinik kesihatan ibu dan anak ..takut tak dapat parking

sesampai disana tak ada orang lagi..maklumla pukul 7.30 pagi..apa-apa pun letak buku lawatan aina dulu..biar dapat no giliran no 1...

aina rehat dulu..main-main,makan biskut,roti...minum air ribena..

Pukul 8.00 pagi aina dapat no giliran...


menunggu lagi..aina tak risau dah ..cuck aina dah habis..start kali nie datang makan ubat cacing je..

kat sini aina di timbang berat dan ketinggian..dah beso tinggi rupanya anak mummy nie

menunggu lagi//

menunggu untuk jumpa kakak misi..

kakak misi bagi aina makan ubat cacing..tak sedap..

kakak misi nampak kudis kat lengan aina..misi suruh gi jumpa dokter..ambik ubat sapu

lapuran lawatan berat 13.5 kg.. tinggi 88 cm..
 
Dr bagi aina ubat sapu nie..utuk kurangkan gatal

lawatan akan datang pada 7 Mei 2014 ..umur 2  setengah tahun..

penatnya aina..ngantuknya.. 3 jam di klinik ibu dan anak..

Sunday, November 3, 2013

harijadi aina yang ke 2 tahun...

3 November 2013...hari ini besday aina..kita nak makan keropok aje ke mummy?

aina nak gi beli pizza...nak makan pizza ..tak nak kek..tak sedap..

 Domino Pizaa 

aina dah sampai dah

aina nak yang banyak cheese.....sedap..

posing dengan mummy sewaktu menunggu..bungkus je..

Aina sambut simple je besday tahun nie..beli pizza bungkus makan dengan abang amy dan abang palok je

Lapangnya tak ada orang kat sini

empuknya kerusi

dah siap selepas tunggu 20 minit..puas aina main naik turun kerusi

alamak ..lebatnya hujan..

banyaknya pizza

intai sikit..

aina nak abang amy punye..

sedapnya pizza tak terkata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...