Sunday, October 24, 2010

rahsia kupu-kupu malam

Ada seorang wanita Melayu berpesan: 'Seorang isteri patut setiap masa menjadi kupu-kupu malam buat suaminya." Anda tidak setuju dengan kenyataan itu? Sebenarnya kenyataan itu mempunyai pengertian yang halus. Mengetahui rahsia bagaimana kupu-kupu malam melayani lelaki memberi faedah besar kepada para isteri dalam usaha melayani suaminya dengan baik agar suami tidak sekali-kali mengunjungi kupu-kupu malam, dan itu semua adalah demi kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.

Patutkah para isteri mengetahui rahsia layanan kupu-kupu malam? Mengapa pula isteri-isteri yang baik lagi solehah patut tahu teknik-teknik pelacur berbagai kelas dan perempuan simpanan itu? Lebih baiklah anda baca artikel ini hingga selesai, kemudian renungkanlah mengapa saya berpendapat bahawa ianya patut diketahui.

Seorang isteri yang tidak pandai melayani suaminya ketika jima' tidaklah dianggap isteri yang dapat melahirkan cinta kasih dengan sempurna dari kacamata seorang suami walaupun suami sedia faham bahawa isterinya telah menjalankan tanggungjawab lainnya dengan baik seperti memasak, membasuh serta mendidik anak-anak. Hakikat ini sukar untuk dinafikan walaupun ramai lelaki cuba menerangkan bahawa perkahwinan itu bukan berkisar pada seks semata-mata.


Memang sepatutnya suami memahami, tapi bagaimana pula dengan suami yang tidak mahu faham dan tidak dapat menerima kekurangan layanan isteri itu? Sebenarnya hal layanan isteri terhadap suami dipandang berat dalam Islam. Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada para isteri agar merelakan suaminya mendatanginya (untuk seks) walaupun ketika itu isteri sedang berada di atas unta.

Jarang sekali isteri yang rela suaminya berpoligami melainkan dalam kes-kes tertentu. Antara peranan isteri solehah ialah bagi mengelakkan suaminya dari berbuat maksiat zina. Na'uzubillah. Dalam kedua-dua senario ini apa yang patut dilakukan oleh isteri ialah melayani suaminya dengan sempurna dan hingga suami puas. Bila suami puas, dia akan merasa cukup dengan seorang wanita. Jika suami masih ingin pun pada wanita lain (memang sifat sebahagian lelaki inginkan ramai wanita), keinginan itu tidaklah sekuat mana kerana dia merasa sudah puas dengan layanan yang diterimanya.

Apa yang saya tulis ini hendaknya janganlah disalah anggap. Memang kita tahu bahawa lelaki itu berpoligami bukan semata-mata kerana seks, tapi kita patut ambilkira lelaki yang tidak mahu berpoligami atau tidak disetujui berpoligami tapi dalam senyap-senyap mencari 'daging mentah' di luar. Ini yang patut kita ambilkira (terutama oleh para isteri) kerana hal (kecurangan) ini memang berlaku dalam masyarakat kita.

Ramai orang sudah tahu bahawa istilah kupu-kupu malam itu ialah 'bahasa halus' yang bermaksud wanita-wanita yang mencari makan dengan menjual tubuh badannya kepada lelaki, termasuklah kepada lelaki yang berkahwin. Mereka ini diberitakan mempunyai pengetahuan dan kemahiran seni melayani lelaki yang cukup menyenangkan jiwa lelaki yang jadi pelanggan mereka. Seni ini mereka praktikkan agar setiap lelaki yang mengunjungi mereka menjadi pelanggan setia kerana bila ini berlaku pendapatan mereka akan lebih terjamin.

Ada juga wanita yang mendapat ganjaran lebih istimewa berbanding apa yang diperolehi oleh kupu-kupu malam. Mereka dihadiahkan rumah, kereta, perhiasan yang mahal-mahal dan peluang melancong ke banyak tempat. Ganjaran yang diperolehi itu ada kalanya lebih dari apa yang diberikan oleh suami kepada isteri yang sah. Mereka ini adalah perempuan simpanan yang juga hebat dalam seni melayani lelaki menyebabkan lelaki jadi terpikat dan terikat.

Sama ada kupu-kupu malam mahupun perempuan simpanan, mereka ini adalah saingan kepada semua wanita yang bergelar isteri yang sah. Kalau benteng iman si suami itu kuat, mudah-mudahan dia tidak terjebak pada gejala seperti ini. Kerana itu, saya berpendapat bahawa para isteri patut tahu teknik kupu-kupu malam ini untuk menjadi saingan yang lebih baik dan memuaskan suami anda (walaupun dia tidak pernah mengunjungi kupu-kupu malam atau tidak pernah punya perempuan simpanan). Bak kata orang Putih (guru mereka ini ialah Ibnu Sina) "prevention is better than cure".

Apakah dia teknik kupu-kupu malam? Dalam ilmu pengetahuan kuno India dikatakan bahawa kupu-kupu malam itu melayani lelaki lebih baik berbanding isteri melayani suaminya (dalam hal seks). Kupu-kupu malam "berlakon" sebagai isteri yang membahagiakan sebagaimana berikut:

1. Meluahkan rasa kagum atas pengetahuan lelaki itu berkaitan jima' termasuk cara dan alat yang digunakan oleh lelaki itu untuk membangkitkan keseronokan.

2. Belajar dari lelaki itu mengenai seni jima' (sebenarnya kupu-kupu malam itu lebih pandai).

3. Sentiasa mempraktikkan kaedah-kaedah istimta' (foreplay) dan jima' yang diajarkan oleh lelaki itu dan akan melakukannya menurut apa yang disukai oleh lelaki itu.

4. Menyimpan rahsia lelaki itu (dari sudut kemampuan seksnya dan sebagainya lagi).

5. Memberitahu kepada lelaki itu mengenai hajat (apa kaedah yang lebih digemari) dan rahsia diri sendiri (bagaimana dan tempat mana yang lebih merangsang).

6. Menyembunyikan kemarahan.

7. Tidak sekali-kali menolak kemahuan lelaki itu di ranjang apabila lelaki itu tampil untuk melakukannya.

8. Membenarkan lelaki itu menyentuh bahagian mana pun di tubuhnya menurut hajat lelaki itu.

9. Mencium dan merangkul lelaki itu bila dia tertidur.

Kerana layanan yang begitu mesra dan nyaman, si lelaki sanggup menghabiskan beratus malah beribu ringgit wangnya untuk sekali bersama dan meninggalkan layanan isterinya walaupun itu layanan isterinya selamanya percuma.

Yang penting ialah kedua-dua belah pihak, iaitu suami dan isteri sama-sama berbincang dan berusaha agar layanan masing-masing akan jadi lebih memuaskan. Elakkan jadi sebagaimana seorang lelaki (di sebuah negeri) yang merungut kerana isterinya tidak melayaninya sebagaimana yang dia suka, tapi dia hanya merungutkan hal itu kepada oranglain, tidak kepada isterinya sendiri. Jika begitu caranya, selamanya isteri beliau tidak akan faham apakah kehendak sebenar beliau.

Sebagai renungan saya catat pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya berbunyi: "Wahai anakku! Takutilah wanita jahat, kerana dia membuat engkau beruban sebelum beruban! Dan takutilah wanita yang tidak baik, kerana mereka tidak mengajak kamu kepada yang baik! Dan hendaklah kamu berhati-hati mencari yang baik dari kalangan mereka!"

Cukup saya catat setakat itu dulu. Ada banyak lagi, tapi masanya belum sampai. Jika terlalu panjang, ianya akan mudah dilupakan begitu saja. Kita akan jumpa di lain kali, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...