Wednesday, February 24, 2021

tugasan sains : sistem pernafasan manusia

cikgu sains aina minta murid -murid buat model peparu dan labelkan


bahan-bahannya

2 kotak plastesin ( warna bebas ) 
✅kad manila sekeping/ kertas A4 jenis keras
✅Plastik fail bersaiz A4 / plastik pembalut buku lutsinar
✅selotep

kelas sains sistem pernafasan manusia

yang ini yang aina buat..
aina gelek dengan pengelek karipap mummy..

dah siap.. dan boleh upload di google classroom

Sunday, February 21, 2021

Mozek warna warni kek cawan aina



kerja sekolah seni visual aina minggu nie buat mozek kek cawan
ini video yang cikgu beri

guna batang aiscream untuk buat bekas kek cawan..

Warna warni kek cawan
⚒️ Teknik: Mozek 
💖 Bidang : Menggambar
🌟 Alat & bahan: kertas warna,kertas keras,majalah, batang ais krim,straw,gam dan gunting

gigih aina gulung -gulung kertas dengan pensel

kemudian aina lukis kek cawan
dan susun

usaha tangga kejayaan

dah siap satu..

menjadi tak aina buat..
susah tau

taraaa.. dah siap dan boleh hand in di goggle classroom

Monday, February 15, 2021

second batch aina tanam secara hidroponik

kali ini ,aina tanam sayur sawi putih..kali ini aina balut dengan aluminium foil sebab tumbuh kulat hijau..mummy kata kulat tu ..berebut zat makanan dengan pokok nanti dan kena selalu tukar air.


gemuk-gemuk..tak lama lagi boleh tuai
berbudi dengan air dan baja..tumbuh segar

bayam brazil aina tak berapa subur..
selepas mami guna baja A & B yang biasa untuk hidroponik..
aina nampak tunas baru banyak muncul semula..
seronoknya aina pokok tak jadi mati
yang ini baru nak tanam daun sup..guna keratan batang

tunas baru pokok bayam brazil

gemuk dah bayam putih aina



 

Tuesday, February 2, 2021

semperit klasik PKP

aina boring kat rumah..so ajak mummy buat semperit
aina suka makan biskut nie tapi sekarang susah nak beli

aina uli sendiri..
ingatkan tak jadi sebab kental je nampaknya

acuan semperit mummy beli di kedai eco..

bentuk tak cantik..
tak pandai acu lagi

dah letak cerry

aina bakar..dalam oven

resepinya

1 buku butter 250g
1 biji kuning telur
sedikit esen vanilla
sedikit esen kuning
2 sudu gula icing

gaul rata pelan-pelan

  2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung

uli rata-rata sampai jadi doh

 bentukkan dengan acuan 15 bintang

rehatkan 10 minit supaya adunan tidak runtuh

 bakar oven 170  25 minit
@
air fyer  130  15 minit




                                 

Monday, February 1, 2021

canta senja nan merah



aina nak kongsi kerja sekolah PSV minggu nie..
cantik tak

aina berjaya lukis sendiri.


cikgu PSV ajar guna youtube



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...