Wednesday, May 15, 2013

Aina Farhana-Scooter SYM Jet Power 125


Isnin 13 mei 2013 Aina ikut mummy pergi survey scooter canggih manggih kat kedai Jalan Lahat

Mummy nak beli satu satu untuk bawa aina jalan petang-petang.mummy tak larat naik basikal dah..semput mummy makin teruk.tapi aina suka jalan-jalan

pilih-punya pilih mummy berkenan dengan Scooter SYM Jet Power 125.maklumlah Yamaha Ego S harganya mahal sangat.duit mummy tak cukup seribu.

mummy pilih kaler biru sebab kuningnya tak cantik sangat

hanya tunggu 3 jam je maka roadtax,insuran dan no plate pun siap.yang bestnya boleh beli scooter tu guna nama mummy walaupun mummy tak de lesen motor.niat nak ambik scooter dulu baru buat lesen B2..

Mummy beli cash aje.RM4450.00 on the road ..Resit pembelian pun tokey kedai tu conteng-conteng aje.maklum le cash..Mummy kata rugi beli hutang..harga jadi RM7500.00

abang palok dah berjaya dapat lesen L...scooter tu boleh buat praktis untuk dapatkan lesen B2 nanti

Monday, May 13, 2013

mummy beli hamster untuk aina farhana


Aina ikut mummy gi market gunung rapat..ada kedai jual arnab..aina mintak kat mummy arnab sekor tapi mummy tak bagi..sedih sangat nie.

mummy belikan aina hamster aje RM 15.00 sekor dan sangkar dia RM15.00 satu

Aina nak main dengan hamster tapi takut kene gigit..geli

Aina nak tido dengan hamster sekali malam nie boleh ke mummy?

Hamster nie pandai dah main roda berpusing dalam sangkar dia.tak de la hamster nie boring 

kiut tak hamster aina?

mummy bagi makan kuaci je hamster nie.hamster nie pandai kupas sendiri kuaci tu

Sunday, May 12, 2013

Aina Farhana Mandi air panas di perkelahan Lubuk Timah

Ahad 12 Mei 2013 hari ibu nie @ hari mummy ..Aina pegi mandi air panas kat Lubuk Timah.

badan aina dah tumbuh ruam panas semula..jadi mummy kata aina kene mandi air panas semulajadi buat ubat

Ramainya orang hari ahad nie.parking bayar RM2..00.hari biasa takde kene bayar pun tapi tak dapat pegi sebab ayah sibuk je memanjang

Takutnya..sejuk sangat kot air nie ayah?

Bestnya mandi air panas..hilang semua gatal-gatal badan

uumph..tertelan air pulak

ada gerai jual air tebu dan nugget kat sini

Aina lapar sangat nie..sedapnya nugget nie

dah mandi dah..aina nak balik..sejuk je rasanya

Thursday, May 9, 2013

Lawatan Aina Farhana ke klinik kesihatan umur 18 bulan

Khamis 9  Mei 2013 Aina ke klinik kesihatan untuk lawatan umur setahun setengah untuk vaccination

Kat Kaunter Pendaftaran Pukul 8.00 pagi aina dah sampai

misi tadi kata nak kene cucuk kat sini


takutnya nak kene cucuk

sakit sangat ke nie ?

tengah menunggu dengan mummy

ramai orang kat klinik..penuh klinik

Berdebar-debar nie

Makcik misi nie tanya macam-macam soalan lak mummy yea...

aina tak nak kene cucuk..takut nie mummy

Sedihnya..takutnya..

Makcik missi yang nak  cucuk aina nie..

dah cucuk dah kat lengan kiri

Aina tak nangis..bergenang air mata je,aina kuat..

Minum dulu yea

Aina nak balik dah nie

Berat Aina 10 Kilo tapi mummy rasa lebih kot..berat betul rasanya mummy nak dukung

Aina cucuk MMR tambahan .Ini cuckuk yang terakhir.Lepas nie makan ubat cacing aje lak.
Tarikh lawatan akan datang 7 November 2013.

Monday, May 6, 2013

basikal untuk bersenam dengan aina

mummy modified basikal abang palok untuk aina naik gi senam petang-petang dengan mummy..mummy tambah raga..bakul duduk aina dan seat belakang yang ada span..dah tak rupa basikal racing dah..berubah wajah jadi basikal pompuan,abang palok dah tak naik basikal dah..dia dah lulus lesen L motosikal.nak bawak moto pulak..

Sunday, May 5, 2013

Aina Farhana ikut mummy ngundi kat bagan datoh

Ahad 5  Mei 2013 Aina ikut mummy dan Ayah gi ngundi kat sungai Pergam Bagan datoh Perak

Dapat 5 kampit beras cap dacing percuma..selain tu dapat topi BN ,baju BN ,sarung lengan BN,kipas tangan BN dan payung BN

dapat duit tambang RM100


dapat air mineral penghilang dahaga..

Thursday, May 2, 2013

Aina Farhana dan musim pilihan raya 2013


Rabu 1 mei 2013 Aina ikut nenek tok wan gi perjumpaan dengan dato zahid 
sempena nak ngundi Ahad 5 mei ini

meriah kat sini ramai orang..ada makan percuma 7 hari 7 malam

aina senyum aje..aina kecik ag..tak ngundi pun

yang penting aina dapat makan aiskrim percuma...

eh..eh ada kain gantung kat depan umah..

ini gambar apa mummy?

posing depan kain rentang

he..he..perang poster kat kampung

waktu untuk bermain kat umah tok wan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...