Monday, February 27, 2012

aina 4 bulan











Thursday, February 9, 2012

keletah Aina saat umur 3 bulan..


Aina terlena tengah main dalam gym mainan








Aina tengah boring

pejabat baru di JPV di TEMAN FAMA Simpang Pulai

 Bermula 1 Februari 2012 Saya telah berpindah ke Pejabat baru Bahagian Komoditi Ternakan Di Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) FAMA di Simpang Pulai sebaik sahaja memulakan Tugas Selepas 4 bulan cuti bersalin
 Pejabat nie cantik maklumlah baru je renovate dan bilik pun luas.Siap ada Pokok bunga..Sejuk beku dalam nie ,aircond dalam bilik tak ada controller..Otak beku je rasanya
Pintu masuk Utama Ke Pejabat Veterinar..Dah ada pintu Pintas luar dari tepi bangunan .tak perlu masuk ke dalamPintu  bangunan Utama

Friday, February 3, 2012

Aina di bulan kedua kelahiran





gambar-gambar aina beusia 2 bulan semasa dapat gymnasium baru.seronok betul dia bermain tendang dan tarik-tarik mainan..I love u Aina

kelahiran puteri ku

Assalamualaikum..puteri ku telah selamat di lahirkan pada 3 November 2011.Aku melalui pengalaman getir kerana kelahiran ceaserian yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam berlanjutan kepada 8 jam gara-gara gyngologist surgeon tertoreh/sliced pundi kencing sepanjang 3 cm..Luka pembedahan mengambil masa 3 minggu untuk pulih dengan 3 catheter iaitu Suprapubic catheter,abdominal catheter dan SPC cathether,3 minggu x gi toilet.
tetapi hati tetap sejuk dan bahagia tiap saat merenung baby aina farhana.kini aina telah berusia 3 bulan dan aku telah mula bekerja semula setelah cuti bersalin 3 bulan..renung-renungkanlah

Wednesday, February 1, 2012

botol susu jenama avent

botol avents
Sebelum ni aku pakai BOTOL SUSU jenama TUPPERWARE itu pun pemberian dari orang sempena kelahiran anak sulung… hehehe
Pas tu akku beli Anakku @ Pureen untuk anak2 seterusnya…Tapi bila yang ke 4 ni.. aku macam nak beli jugak botol susu AVENTS ni… keh3
Kan orang duk sibuk pasal BPA FRE (bebas BPA)…
Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.
Jadi aku pun survey la Botol susu Avent ni masa bercuti bersalin tempoh hari… so, aku pun sibuk la beli botol AVENTS sebab ia bebas BPA..kehkehkeh
INFO: Bisphenol A (BPA)
  •  Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  •  Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
So.. meh tengok apa pula perbezaan antara polyethersulfone (PES) dan polypropylene (PP) ni yek?

Ini adalah 2 jenis Botol Susu Avents. PES dan PP…
PES :Warna botol nya berwarna honey seperti kaca tapi plastik dan keras.. errkk.. paham ker aku tulih?? hahaha
PP : warnanya seakan kelam tak kelabu tapi plastik dan memang lembut … hahaha…. korang paham ker wei?? hehehe
Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Contoh yang lain seperti berikut :
rajah

Tapi bila aku lihat kenapakah harga botol susu Avent ni ada yang mahal dan ada yang murah… so, aku bandingkan la apa beza kedua-dua botol…
botol avents
Botol polyethersulfone (PES) : Tiada ring (ujung botol nya lebih tinggi)
Botol polypropylene (PP) : Ada ring (ujung botolnya lebih rendah)
ooooooo….. baru aku tahu.. itu jer bezanya. Kengkawan aku cakap tak ada ring lagi senang sebab tak leceh…
Kebaikan botol susu avent nie :
  1. Mempunyai sistem anti colic. Anti colic bermaksud, susu hanya keluar bila baby isap puting botol sahaja. So kalau kita letak dekat mana – mana lepas tue botol tue tertungging,susu xakan keluar dan x jadi leaking.
  2. Di design utnuk mengurangkan baby menjadi konfius puting atau dalam kata lain risiko bingung puting.
  3. BPA FREE
  4. Dapat membuatkan anak kita selesa pada waktu malam. Sebab bila anak tertidur time isap susu, botol avent nie dia xakan ada leaking sebab susu hanya keluar jika diisap sahaja.
botol avents

botol event lama
kredit to kakishopping
Belah kiri tu tak ada BPA dan botolnya warna putih jernih, belah kanan tu yang Bebas BPA yang berwanra honey sikit… Tu pasal la aku rasa hari tu ada jualan penghabisan stock kat IPCebanyak 70%  sebab nak jual balik botol yang tak ada BPA tu kot…huhuhu
INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Dah beli botol, beli la jugak Puting susunya…
puting avents
Aku beli yang jenis VARIABLE FLOW… satu pek ada 2 unit puting. RM23.00 satu pek tu.. mahal ko.. kiranya 1 puting harganya RM11.50.. gila mahal kan?? hahaha
Selalu aku beli puting RM4.00 dapat 3 unit dalam tu… errrkkkk…. tetiba nak tahu.. PUTING ni nak panggil apa wei?? Biji? Unit? hahaha tak tahu kata bilangan lak…
Sebenarnya puting susu Avent ni ada memacam jenis rupanya…keh3…
puting susu avents
kredit to ryehannaz
Newborn, 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan.
  • Newborn Flow | 0m+ (1 hole)
  • Slow Flow | 1m+ (2 holes)
  • Medium Flow | 3m+ (3 holes)
  • Fast Flow | 6m+ (4 holes)
  • Variable Flow | 3m+ (1 hole)
 Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Botol susu Avent bukan BPA free

alam dears,
Berikutan pengharaman botol susu BPA baru baru ni, mummy pun google cari apa brand yang BPA free.  And terjumpa a few sites yang mengatakan bukan semua botol susu AVENT ialah BPA free.  Walaupun Avent dah kluarkan BPA free bottles in summer of 2008 tapi penjualannya di Malaysia only started in the first quarter of year 2009.  And botol AVENT yang 'Airflex' is made from polycarbonate dan ada BPA

Adehh...slama ni Mummy confident je ingatkan semua botol susu yang ada kat umah tu BPA free, maklumlah Avent tu brand mahal kan.  Korang pun kalau ada botol Avent yang lama lama kat umah tu, eloklah check jugak.  Yang BPA free ni kalernya kekuningan skit, cam gambar kat bawah tu.  And masa beli make sure kat kotak memang ada tulis BPA Free.

Nampak kan perbezaannya?
Yang belah kiri is the old Avent non-BPA-free bottles, and yang belah kanan ialah yang BPA-free 

 Kat kotak mesti ada tulis BPA Free  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...