Monday, January 31, 2011

sama sama kita tempuhi sama sama kita rasai apakah itu erti cinta sebenar

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta. 

Sifat Cinta
 
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
 

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
 
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
 

Cinta Bersedia
 
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
 

Cinta Itu Indah
 
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
 

Cinta Itu Mengharap Balasan
 
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
 

Cinta Itu Menakluki
 
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
 
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
 

Cinta Itu Mengetahui
 
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
 
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
 

Cinta Itu Hidup
 
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
 
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
 

Cinta Itu Suci
 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
 

Cinta Itu Mempesona
 
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
 
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
 

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnyamempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
 

Apakah itu Bukti Cinta?
 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
 

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai

Saturday, January 22, 2011

antara fakta dan mitos ketidaksuburan

Apakah Ketidaksuburan
Biasanya ketidaksuburan ditakrifkan sebagai ketidakbolehan untuk hamil setelah setahun mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah pencegah hamil.
Menurut statistik yang dilaporkan oleh ‘Centers for Disease Control’(CDC), 6.1 juta wanita berumur 15-44 tahun mengalami masalah untuk menimang cahayamata.
Jika anda dan pasangan menghadapai kesukaran untuk mendapat zuriat, statistik di atas menunjukkan bahawa ‘You Are Not Alone’.
Mitos-mitos Ketidaksuburan
1)    MITOS:
“Istilah mandul ni hanya untuk orang yang tak pernah mendapat anak atau tak pernah hamil’
FAKTA:
Takrif ketidaksuburan boleh di kecilkan lagi skopnya kepada 3 kumpulan
a)    Ketidaksuburan Primer:
Merujuk kepada wanita yang tidak pernah hamil.
b)    Ketidaksuburan Sekunder:
Merujuk kepada wanita yang pernah hamil sekurang-kurangnya sekali, tetapi
menghadapi masalah untuk mengandung lagi.
c)    Keguguran Berulangan:
Wanita yang berulangkali gugur mungkin juga akan menjalani diagnosis ketidaksuburan jika
ia berlaku 2 kali atau lebih. Keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia melibatkan 25% daripada kehamilan,
tetapi 5% daripada wanita mengalami keguguran 2 kali berturut-turut dan kurang dari 1% mengalami keguguran 3 kali atau lebih berturut-turut.
2)    MITOS:
“Wanita adalah punca kenapa sesuatu pasangan sukar mendapat zuriat
FAKTA:
Menurut ‘American Society of Reproductive Medicine’, 1/3 kes ketidaksuburan adalah berpunca dari wanita manakala
1/3 kes lagi berpunca dari lelaki. Baki 1/3 adalah kombinasi kedua-dua pihak lelaki dan wanita, termasuk juga kes-kes ‘unexplained infertility’.
3)    MITOS:
“Hanya mereka yang berusia dan lambat kahwin sahaja terdedah kepada risiko ketidaksuburan”
FAKTA:
Memang benar, bila umur mencecah 35, risiko ketidaksuburan meningkat. Tahap kesuburan seseorang adalah kemuncaknya ketika lewat belasan tahun dan awal 20an.
Kemudian tahap kesuburan akan mula menurun, bila mula mencecah 35 tahun ia semakin menurun. Sebab itulah mereka yang berumur 35 tahun atau lebih digalakkan
untuk mendapatkan rawatan lebih awal iaitu setelah 6 bulan mencuba.
Masalah ketidaksuburan dikalangan wanita yang lebih muda bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.
Berikut adalah statistik yang dilaporkan oleh ’American Society of Reproductive Medicine’, anda boleh download sendiri laporan asal tersebut jika berminat.
http://www.asrm.org/Patients/patientbooklets/agefertility.pdf
Masalah ketidaksuburan dialami oleh:
•    7% wanita berumur 20-24 tahun
•    9% berumur 25-39 tahun
•    15% berumur 30-34 tahun
•    22% berumur 35-39 tahun
4)    MITOS:
“Orang perempuan kalau dah berusia, sukar nak dapat anak, tapi lelaki ‘maintain je’ walaupun berumur. Orang kata saham meningkat”
FAKTA:
Memang ada kajian tentang kaitan antara umur dan kesuburan lelaki walaupun ia jarang dibincangkan berbanding wanita. Hasil dari kajian-kajian tersebut
sedikit sebanyak akan memecahkan keegoan lelaki.
Dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun, manakala dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma, tahap kemuncak adalah
25 tahun kebawah.
Walaubagaimanapu lelaki masih boleh mendabik dada kerana kajian tersebut menunjukkan bahawa sehingga umur 55 tahun, lelaki masih berupaya untuk ‘menghamilkan’
isteri mereka.

Wednesday, January 19, 2011

benarkah wanita dari rusuk lelaki?


Dicipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat pula di hati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi…


Kita mulakan membincang persoalan ini dengan satu hadis sahih daripada Bukhari dan Muslim:
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali.
Jika kita mengambil hadis ini tanpa berfikir,jelas menunjukkan kepada kita bahawa hadis ini menyatakan wanita diperbuat daripada tulang rusuk lelaki dan sememangnya ada ulama yang bertegas mengatakan wanita itu diperbuat daripada rusuk lelaki.Namun,ulama secara jumhurnya menyatakan hadis ini merupakan hadis qiasan yang menerangkan sifat wanita itu sendiri dan ulama’ secara jumhurnya menggunakan ayat quran (contoh:Az-Zumar ayat 6) untuk menyangkal teori yang dibawa oleh ulama’ yang menyatakan wanita itu daripada rusuk lelaki.Tambahan pula,hadis di atas diambil secara separuh sahaja,hadis penuh berbunyi:
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
Nabi telah memberi analogi tentang sifat wanita melalui hadis ini.Wanita disamakan dengan tulang rusuk dek kerana sifat mereka adalah sama.Jika diperhatikan,Sifat tulang rusuk adalah jika dibiarkan ia akan bengkok dan jika dibetulkan ia akan patah,begitu juga dengan wanita,sifat wanita adalah suka merajuk,jika ditegur mereka akan memberontak.Jadi,adakah kita perlu biarkan sahaja tulang rusuk itu bengkok sahaja tanpa dibetulkan atau dalam erti kata lain,adakah kita perlu biarkan sahaja wanita itu merajuk?
sebagai lelaki,harus ‘melayan’ sifat merajuk wanita tetapi dengan cara yang berhikmah.Mahalnya seorang wanita disebabkan sifat merajuknya.  Ramai orang cakap ,”awak kalau merajuk,nampak lagi kiut la.”Benar ke tak ungkapan ni,aq pom tak taw,tapi mungkin ade benarnya.

Thursday, January 13, 2011

tanda-tanda kekasih laki orang

1. Bila berbual dengan anda matanya dia tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda,matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.



4 SEBAB ISTERI CURANG.

4 SEBAB ISTERI CURANG.

Kecurangan dalam rumahtangga sering dikaitkan dengan para suami.Namun , para isteri juga tidak ketinggalan melakukan perbuatan serupa. Walaupun perbuatan tersebut ada kalanya bersebab dan
mungkin berpunca daripada sikap suami sendiri, namun jangan cuba bermain api kerana kelak ia akan membakar diri.



1) Kegagalan suami melaksanakan tanggungjawab ,
Isteri adalah amanah dan tanggungjawab Tuhan kepada suami untuk dibimbing .Sikap lelaki yang mengutamakan kecantikan dan kekayaan harta benda berbanding ketinggian agama dalam memilih isteri menjadi faktor berlakunya kecurangan terutama apabila suami gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai
pembimbing dan ketua keluarga.

2) Perasaan ingin dihargai.
Isteri tidak memerlukan layanan seks semata-mata,sebaliknya, belaian dan interaksi berkualiti antara suami isteri juga amat penting kerana ia boleh menerbitkan rasa dihargai atau diperlukan
dalam diri isteri.Ramai suami lokek untuk memuji si isteri berasa isteri mereka tidak dihargai.

3) Bosan dan kesepian
Ramai suami membiarkan isteri kesepian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan
kerjaya.Meraka lupa bahawa ieteri memerlukan masa berkualiti bersama.Kesepia dan
kebosanan ini membuatkan si isteri mudah mesra dengan lelaki lain dan bertindak curang.

4) Keperluan seksual
Menurut Ruth Hamilton, seorang jurnulis Amerika Syarikat, suami sering mengabaikan
kepuasan seksual isteri walhal si isteri sudah berusaha untuk tampil menarik
dan seksi di hadapan suami mereka. Tetapi tindak balas yang diterima tidak seperti yang diharapkan sehingga si isteri berasa diri mereka tidak di perlukan sehingga menyebabkan berlakunya kecurangan apabila
ada lelaki lain yang memuji penampilan mereka.

Sunday, January 2, 2011

tanda-tanda si dia poket dah kering

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.


Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”


Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.


Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.

Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”


Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.


Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.


Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.

Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

Hindari ajakan ke pusat beli-belah


Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.

Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...