Thursday, November 18, 2010

cinta buta

Ada sorang gadis buta yang mana semua orang bencikan dan memandang rendah dirinya kecuali sang kekasih yang taat setia pada dirinya...

setiap kali dirinya di hina dan d herdik hanya kepada kekasihnya la tempat dya mengadu kasih dan segala masalah akan d selesaikan bersama...

Gadis itu selalu berkata :

“saya akan mengahwini awak kalau saya dpt melihat agar awak tidak dapat merasa kekurangan diri saya”

tiba pada Satu hari, ada orang mendermakan mata kepada gadis tu…

setelah pembedahan berjaya d jalankan gadis tersebut tidak sabar untuk melihat kekasih hati yang selalu menjadi tempat mengadu segala isi hati...

setelah dia melihat kekasihnya dia merasa sungguh terkejut dan malu kerana kelasihnya juga buta sama sepertinya dahulu!

Kekasihnya bertanya :

“oleh kerana ada orang yang telah mendermakan mata kepada awak dan awak boleh melihat sekarang. Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?

…….Gadis itu menolak!!!

Kekasihnya mengukir sebuah senyuman kecil tanda redha dgn jawapan gadis tersebut dan pergi sambil berkata

“TOLONG JAGA BAIK-BAIK MATA SAYA…”

Saturday, November 13, 2010

golongan wanita yang sangat mudah untuk ditipu oleh lelak

Terdapat beberapa golongan wanita yang sangat mudah untuk ditipu oleh lelaki. Disini saya senaraikan 6 golongan wanita yang lebih cenderung untuk ditipu oleh kaum lelaki. Jadi hati-hati la yea.

1 .Golongan yang Terlalu Mudah Mempercayai Kepada Lelaki

Inilah dikatakan cinta itu buta lagi membutakan. Mungkin kerana terlalu sayang wanita meletakan 100% kepercayaan kepada pasangannya. Ini bukan bermaksud untuk anda jangan percaya kepada pasangan anda tetapi biar berpada-pada. Jangan pulak jadi cemburu buta ini lagi susah. Jadi sentiasa menggunakan akal fikiran anda dengan bijak dan mungkin juga hanya perlu mempercayai 90% kepada lelaki.

2. Golongan Wanita yang Terdesak Untuk Berkahwin

Golongan ini bukan nak kata sangap tapi oleh disebabkan usia sudah lanjut jodoh pulak belum sampai. Ini menjadikan wanita mula terdesak untuk berkahwin nanti takut pulak di gelar “Andartu”. Walaupun terdesak untuk mencari pasangan hidup anda perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.

3. Golongan Wanita Suka Bersosial


Sosial yang dimaksudkan ialan golongan wanita yang suka berfoya-foya sepert clubbing,parti,disko dan mempunyai pemikiran “Hidup Hanya Sekali” Semua perkara nak dirasa.

4. Golongan yang Tidak Mementingkan Ilmu

Ilmu yang dikatakan ini bukan lah ilmu pelajaran seperti kita belajar di Universiti. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu atau pengetahuan dalam konteks percintaan, perkahwinan dan juga tentang hala tuju kehidupan anda. Menerusi bahan bacaan banyak perkara boleh dipelajari.

5. Golongan Wanita yang Memandang Rupa Paras dan Harta Benda

Ramai golongan wanita mudah untuk jatuh cinta kepada lelaki yang hensem dan kacak atau yang berduit. Tidak salah untuk jatuh hati kepada golongan seperti itu tetapi anda perlu tahu yang anda perlu untuk kena membuat persiapan untuk pertahanan diri anda. Jika dengan lelaki yang tidak hensem pun mudah ditipu inikan pula dengan yang hensem. Nak dibuang sayang nak disimpan sakit.

6. Golongan Wanita yang “Redha”

Walaupun dah selalu makan hati dan dah banyak kali pasangan kantoi curang tetapi tetap mengharapkan pasangan berubah. Bukan setakat makan hati berulam jantung tapi dah sampai makan tangan berulam kaki dah pun tetapi masih redha apa yang terjadi. Menerima seadanya la katakan. Kalau terus redha memang selalu kena tipu la jawabnya

lelaki vs wanita

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.

Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjaya

 ****************************************************************
Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.

Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

*******************************************************************
Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.

Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

*******************************************************************
Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,

Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,
*******************************************************************
Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.

Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

*************************************************************
Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.

Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

************************************************************
Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.

Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

*************************************************************
Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.

Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

***********************************************************
Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.

Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

****************************************************************
Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.

Bila wanitata keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

*********************************************************
Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.

Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian

suami boroi tanda perkahwinan bahagia ??


Statistik penceraian melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang.. namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza.  

p/s: seb baik suami sudah tidak slim...tapi masih tampan yer..hahahahahahaha...

97% suami mula “jemu” atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

p/s: Alhamdulillah, hubby aku tergolong dalam 3% tu..hahahahahahaha..sila muntah darah skang :P

Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin “bulat” atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

p/s: aku tak tahan nak gelak ayat akhir tu...seolah-olah meletup ko!! amik..bini mengandung, suami pun join sekali mengandung baru adil..hihihi

Ayat seterusnya untuk tatapan yang sudah BERKAHWIN sahaja..sila pejam mata bagi yang belum (kalo seganlaa kan, kalo tak segan sila laa baca kan...hikss)

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air “zat” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.

p/s: no komen..hahahahahaha...

Bagaimana pulak wanita yg boroi..Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

p/s: alaaa..tahun 2010 lepas bulan 5 laa baru kulit aku bertambah gebu,lembut dan lembab laa macam ni...(family planning ok :P)

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang yang kelihatan boroi atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan adakalannya mempunyai perasaan cemburu dan sebagainya.

p/s: Opsssss!! Sila laa kawen cepat2 bagi kawan2 ku yang masih blom tuhh.. :D

Kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berperut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

Friday, November 5, 2010

Pokok yang melindungi yahudi daripada dibunuh oleh umat Islam

Pokok yang maksudkan adalah pokok Qharqa’. Didalam hadis yang dipaparkan memang jelas menunjukkan bahawa yahudi akan dibunuh di bumi Palestin di akhir zaman nanti, umat Islam akan mencapai kemenangan di seluruh dunia sehingga umat yahudi yang memusuhi agama Islam tidak dapat bersembunyi kecuali pokok Qhaqa’ sahaja yang sanggup bersekongkol dengan yahudi. Oleh yang demikian jika masa yang Allah janjikan telah tiba, umat Islam tidak perlu mencari yahudi dimana-mana tempat tetapi carilah pokok Qharqa’ kerana yahudi akan berlindung disebalik pokok tersebut . Buat masa sekarang yahudi di Palestin giat menanam pokok tersebut untuk persediaan mereka berlindung jika kiamat hampir berlaku, mereka begitu yakin dengan Janji Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW dalam perkara ini.

bunga mawar untuk mu

BUNGA MAWAR.
Sappho, seorang penyair Romawi menggelarkan bunga mawar sebagai “Ratu segala jenis bunga” kerana ianya dianggap sebagai lambang kesucian dan keimanan. Shakespeare seorang pujangga Inggeris memuja bunga mawar yang dianggap melambangkan keperkasaan. Kuntuman mawar dengan daun dan tangkai batangnya yang berduri melambangkan kegagahan yang menyatu dengan keindahan dan keharuman.
          Persembahan mawar merah kepada gadis pujaan hati bererti isyarat pernyataan cinta si pemuda. Untuk menentukan jawapan si gadis, ianya dapat dinilai dengan bunga mawar yang dibalas olehnya. Kalau si gadis membalas dengan mawar kuning, bererti ia belum menentukan pilihan, kalau membalas dengan mawar tanpa bunga bererti cinta si pemuda ditolak dan kalau dibalas dengan bunga mawar yang berwarna merah ini bererti yang si gadis juga turut menyintai pemuda tersebut. Mawar dianggap sebagai lambang keremajaan, cinta, kasih dan keindahan. Mawar juga digalakkan ditanam di halaman rumah kerana ia dipercayai dapat membawa rezeki kepada pemilik.
          Mawar yang paling banyak ditanam adalah mawar teh (tea rose)  dari spesies Rosa indica fragran hybrids, famili Rosaceae.

Tuesday, November 2, 2010

papan tanda

seorang penternak bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima ekor mati dilanggar kerata. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda. Beberapa hari kemudian trepampanglah papan tanda yang berbunyi TERNAKAN MELINTAS SILA PERLAHANKAN KENDERAAN.
tiga hari kemudian penternak itu menghubungi balai polis  dan memberitahu bahawa papan tanda itu tidak berkesan "Masih banyak ayam saya mati" lalu ketua balai berkata "saya akan selesaikanya". Sejak hari itu tiada lagi kejadian ayam ternakan mati dilanggar.
penternak gembira dan berkata dalam hati"bagai mana ianya berhasil" bila di lihat pada papan tanda dia terkejut,papan tanda tertulis KAWASAN ORANG BERBOGEL SILA PERLAHANKAN KENDERAAN.









TIP MENCEGAH KEHILANGAN HELMET

1. lekatkan setiker kat helmet "saya banyak kutu..ruang legar kepala saya dah takdapat menampung kepesatan kutu saya..sila amik helmet ni"

2. tulis kat helmet "ingin kepala berbau sampah seperti saya??cubalah helmet ni..pasti hau hau"

3. kalerkan helmet ala-ala buah-buahan tempatan..macam moktan ka..cempedak diluar pagar ka..mesti mat rembat malu nak pakai helmet ni..(tuan seniri pun malu nak ngaku hemet seniri)

4. letak tanda harga yang paling murah yang mana penghuni bermangkuk atas jejantas pun mampu nak memilikinya..2 3 kupang ka..sertakan dengan alamat atau peta kedai sekali

5. tulis perkatan "ini alatan dapur.bukan helmet"..harap2 mat rembat tertipu dan berfikir takkanlah aku nak pakai mangkok takpun periuk kat kepala aku rasa ada lagi teknik yang berkesan nak mengaburi mata mat kepak helmet ni..

jaga-jaga kau mat kepak helmet..aku sumpah kau jadi keras kepala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...