Monday, September 27, 2010

isteri curang bijak

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua...

haa... amacam tajuk hari nih? hehe aq sedang berjalan2 baca paper online, pastuh, aq came across this word, pergh~ tertarik lak hati ini untuk sharing kat korang.. ahaks~ kalau korang nak baca lebih lanjut, ringan2 kan jari klik di sini.

“Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya,” katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.“Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka,” terang beliau.
haa... orang cakap diam2 ubi berisi, diam2 isteri? tanye, jangan biarkan diam jeh~ hehe according to the articles, zaman penceraian telah tiba di mana2 parts of the world. Di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya.

Hari2 kita lihat ada sahaja suami-isteri yang melaporkan penceraian, rate of marriage memang still kekal, tapi rate of divorce semakin hari semakin meningkat. Apakah punca penceraian yang semakin hari semakin menjadi trend yang diamalkan oleh manusia.

Adakah salah satu puncanya ialah kita semakin kurang mengerti apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan? kahwin atas dasar suka sama suka, tapi pabila tidur sebantal tidak dapat menyesuaikan diri?

Atau adakah kahwin atas dasar paksaan, kerana dah meningkat umur, dah 30 lebih lalu main tangkap sergah je pasangan? Atau adakah kahwin atas dasar harta? pabila dah mandi sesame baru tahu, harta tuh tidak menjamin kebahagiaan?

Tetapi di dalam article nih, salah satu faktor utama ialah kurangnya interaksi antara suami dan isteri di rumah kerana kedua2nya berkerjaya dan lebih fokus kepada kerja. Dan ini sedikit sebanyak menjadi salah satu punca utama penceraian yang berlaku tidak kira lapisan umur.

err... aq suka tang perenggan bawah nih..

“Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.
haa... harus diingat, untuk diri aq sendiri pun sama... 5 tahun tempoh percubaan. Standard r kalau dalam tempoh nih berlaku pertengkaran, kesalahfahaman, dan pelbagai masalah lagi. So? aq dah set my mind, 5 tahun untuk tempoh 'keganasan' rumahtangga dan aq akan cuba sedaya upaya untuk mengharungi benteng 5 tahun, untuk mengecap happily ever after... uhoh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...