Wednesday, October 27, 2010

Kisah Amat Benar 6 Fasa Cinta Dan Alam Perkahwin

Semua orang pernah bercinta, tak pun rasa macam nak bercinta tapi macam tak dapat la pulak (kes tak der respon le ni, syok seorang-sorang, nak cakap malu). Walau apa pun jenis cinta hatta cinta monyet sekalipun  di kira bercinta jugak. Masa mula bercinta semuanya indah belaka, tak ada yang hodoh atau kurangnya pasangan kita. Kentut pun boleh jadi wangi semerbak. Lebih syok lagi bila cinta disulami dengan ikatan perkahwinan. alangkah bahagianya.
Tapi ingat, tak semuanya akan indah sampai seperti yang diharapkan, meh kita layan 6 fasa amat benar dalam cinta dan alam perkahwinan.  Selepas 6 minggu kahwin, selepas 6 bulan dan selepas 6 tahun usia perkahwinan. Ada jugak yang terkena kat batang hidung sendiri….kasihan kat bini-bini:
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-indah ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-kali pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN?.. DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus lah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR CHANNEL BOLE TAK..?
Jalan Bersama
6 minggu: Yang, meh I pegang tangan you, bahaya jalan kat sini ni..
6 bulan : Kita jalan biar ada space sket, rimas rasa kat sini.
6 tahun: YOU PAKAI PERFUME TAK HARI…APASAL BAU BAWANG JE NI..?
Pakaian:
6 minggu: Yang, kita pakai warna sama sedondong ya..
6 bulan: Alamak baju tu I tak jumpa lah..
6 tahun: EH KUMPULAN BORIA KE PULAK NI..
Kemas Rumah:
6 minggu: baby, jom I tolong u kemas rumah sama-sama ya.
6 bulan: kemas dulu, nanti I tolong.
6 tahun: Tak berapa pandai lah kemas rumah ni..buat sendiri je lah
Beli Kereta
6 minggu: Yang suka keta apa? kita beli yang paling best untuk kita ya
6 bulan: Keta ni banyak kelebihan banding keta tu
6 tahun: KALAU TAK BERKENAN NAIK TEKSI JE LAH
Duit
6 minggu: eh yang nah guna duit I dulu lah, tak kisah.
6 bulan: pakai duit awak dulu, nanti saya ganti
6 tahun: AIIIK DAH HABIS DAH DUIT TU…BIAR BETOL
Nota dipubslish di FB oleh seorang rakan, cuma di tambah ikut version sendiri la pulak, mungkin ada banyak lagi kot yang boleh tambah… . Pesanan penaja, sayangilah bini anda dan belailah dia sebagaimana korang belai dia masa nak mengorat dulu…tanpa isteri, siapalah suami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...