Wednesday, September 14, 2011

nak bersalin ke dah nie..


Salam

Ikutkan tanda bersalin berbeza antara setiap wanita namun mungkin ada tanda2 di bawah yang mungkin anda alami
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.( kerap juga rasa akhir2 ni)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (kerap juga rasa akhir2 ni)
  • sakit perut, memulas (kerap..sehari 3 ke 4 kali)
  • kerap buang air besar (hari2 mau buang )
  • kerap terkentut (kerap... )

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir ( saya tak ada lagi tanda ini)

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang (sangat2 sakit dan tidakselesa sejak 7 bulan lagi)
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
nak tambah…baby saya juga kerap memunculkan kaki, siku atau lutut (x pasti) di perut saya hingga senak saya dibuatnya. Tak kira waktu..dan kadang2 keras tegang gila2 perut ni..Agak2 bila baby saya nak keluar eh? tak sabar nak tengok baby girl
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...